ST 7016
HARGA :
RM 390.00
NAMA PRODUK : AMME COMPLETE
STOK : AVAILABLE
KETERANGAN :
Amme Complete Rahsia Kekal Jelita, Ramping Menawan Selepas Bersalin
Mengikut perubatan perbidanan dan Ayurveda, wanita selepas bersalin akan mengalami darah beku atau darah meroyan (blood poisoning) yang amat merbahaya di mana virusnya akan membunuh hormon wanita yang akan menyebabkan kurangnya hormon estrogen dalam badan. Ini akan menyebabkan wajah seseorang itu menjadi pucat dan lesu. Kemurungan selepas bersalin juga disebabkan penjagaan di dalam pantang yang tidak betul sehingga menyebabkan meroyan. Penjagaan selepas bersalin amat penting kerana dalam tempoh ini badan yang dahulunya mengembang akan mula mengecut dan ini merupakan waktu yang terbaik untuk menguruskan badan. Dengan penjagaan yang betul badan juga akan lebih segar dan bertenaga selepas selesai sahaja tempoh berpantang.
Pakej Amme Complete dari Sendayu Tinggi merupakan produk lengkap untuk ibu-ibu selepas bersalin selama 60 hari. Pantang masyarakat Melayu adalah selama 45 hari. Tetapi pakej lengkap bersalin Ammy Complete dengan gabungan Perbidanan & Ayurveda disarankan pengambilannya selama 60 hari agar badan lebih bertenaga selain lebih langsing. Pakej lengkap ini amat mudah digunakan terutama bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu. Ia memberikan penjagaan menyeluruh dari hujung rambut ke hujung kaki dalam penjagaan kesihatan dalaman dan luaran. Bagi yang pertama kali menggunakan pakej ini pastinya merasai perbezaannya yang ketara. Ia terdiri daripada 2 bahagian penjagaan iaitu dalaman dan luaran iaitu Penjagaan Dalaman (6 unit) dan Penjagaan Luaran (5 unit)
PRODUK PENJAGAAN DALAMAN KETIKA BERPANTANG
Ammy Complete (1-10 Hari)
- Mengelakkan ibu mendapat bentan.
- Membuang dan menghalang angin dari memasuki tubuh.
- Membersihkan darah beku atau nifas bagi melancarkan peredaran darah tanpa rasa rengat atau sakit.
Ammy Complete (11-20 Hari)
- Memberikan ibu tenaga.
- Memperbanyakkan dan melancarkan air susu.
- Membaikpulih luka dalaman tubuh.
Ammy Complete (21-30 Hari)
- Merapatkan kembali otot-otot rahim dan tulang punggung.
- Membaikpulih luka dalaman setelah bersalin.
- Memberikan ibu tenaga dan menambah darah.
Ammy Complete (31-40 Hari)
- Membantu merehatkan otot rahim, menambahkan darah dan mengecutkan rahim.
- Mengembalikan bentuk badan kepada kecantikan asal.
- Menggiatkan hormon wanita untuk bersedia melakukan hubungan seksual selepas berpantang.
Ammy Complete (41-50 Hari)
- Menyihatkan rahim dan mengetatkan otot vagina seperti sebelum melahirkan anak.
- Menyerikan kecantikan ibu dari dalam.
Ammy Complete (51-60 Hari)
- Membentuk kesempurnaan luaran dan dalaman tubuh.
- Memberikan kesegaran dan tenaga.
- Memberikan keyakinan kepada wanita untuk terus menjalani alam rumahtangga tanpa rasa was-was.
Cara Guna
Bagi Set Penjagaan Dalaman Amme Complete 1-60hari:
- Ambil 2 kapsul untuk 3 kali sehari. ½ jam sebelum makan.
- Sekiranya badan terasa panas atau timbul ruam pada ibu atau bayi bagi yang menyusu badan sila kurangkan dos.
- Jika terdapat baki kapsul bagi mana-mana botol, teruskan semula pengambilannya selepas 60 hari.
PENJAGAAN LUARAN KETIKA BERPANTANG
AMME HEAT
Khasiat Amme Heat
- Digunakan secara luaran bagi wanita selepas melahirkan anak sebagai minyak berangin, melembap dan menyegarkan badan.
- Mencegah badan dimasuki angin, memanaskan badan, mengurangkan sengal tubuh dan mencegah sakit sendi.
- Sesuai juga untuk orang tua yang sakit urat dan sendi.
Cara Guna Amme Heat
- Sapukan pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stokin.
AMME MASSAGE
Khasiat Amme Massage
- Digunakan secara luaran bagi wanita selepas melahirkan anak sebagai minyak berangin, melembap dan menyegarkan badan.
- Digunakan untuk mengurut tubuh dan memeberikan ketenangan pada badan dan sendi
- Membantu melegakan ketegangan otot dan membetulkan urat-urat selepas bersalin.
- Melancarkan perjalanan darah, menghaluskan kulit, mengurangkan sembab tubuh dan memanaskan badan.
Cara Guna Amme Massage
- Campurkan Ammy Heat sedikit di dalam Ammy Massage sebelum membuat urutan.
BABY TELON (MINYAK BAYI)
Khasiat Baby Telon (Minyak Bayi)
- Digunakan secara luaran bagi bayi dan kanak-kanak sebagai minyak berangin, menyegarkan dan melembapkan kulit.
- Bersifat seperti losyen dan tidak berminyak. Ia memberikan kelembutan dan ketenangan pada bayi.
- Formulasi dari herba terpilih yang tidak panas dan sesuai digunakan oleh bayi.
- Membantu mengatasi masalah kembung perut, selsema, melegakan batuk.
Cara Guna Baby Telon (Minyak Bayi)
- Picit sedikit dan gosok Baby Telon hingga rata pada tapak tangan anda sebelum disapu pada perut, dada dan belakang bayi.
TUMMY TONE
Khasiat Tummy Tone
- Digunakan untuk membantu menghaluskan dan mencantikkan kulit wanita selepas bersalin terutamanya di bahagian perut dan paha.
- Berfungsi melangsingkan otot perut yang kembang.
- Mengeluarkan darah beku yang menjadi punca perut buncit.
- Menghilangkan kesan rekahan pada bahagian perut selain bertindak untuk memutihkan kulit.
Cara Guna Tummy Tone
- Campurkan 2 sudu Tummy Tone dengan air limau nipis/cuka bersama air.
- Kemudian sapu pada bahagian perut dan boleh memakai bengkung selepas kering. Bagi kulit sensitif, sapu dengan tipis dengan menggunakan air sahaja.
- Jika iritasi berterusan, hentikan penggunaan tetapi teruskan pengambilan kapsul Amme Complete.
BODY TONE
Khasiat Body Tone
- Digunakan secara luaran untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati, menghaluskan dan mencantikkan kulit badan. Ia diperbuat daripada herba unik seperti buah cermai, kayu cendana dan kulit kuning.
- Membantu mengembalikan kecantikan asal tubuh, mengelakkan sembab, mencegah dari angin masuk ke tubuh dan kulit berkedut selepas bersalin.
- Memastikan badan sentiasa segar selain berfungsi menanggalkan daki serta mencerahkan kulit.
Cara Guna Body Tone
- Campurkan 2 sudu Body Tone dengan air mawar/air biasa dan gaul sekata.
- Digunakan sebagai pilis pada dahi dan badan.
- Sapukan pada lengan, paha dan belakang badan sebelum memakai bengkung.
Post a Comment