PROFIL




D'Menara trading adalah sebuah syarikat milik Bumiputera sepenuhnya yang telah ditubuhkan pada 25hb Oktober 2009. Ia telah diasaskan sebagai sebuah syarikat pengedar produk makanan kesihatan tambahan dan kecantikan. Bertempat di Seri Kembangan, Selangor. Kami telah bekerjasama dengan pengeluar produk usahawan Bumiputera untuk membantu memasarkan produk.

D'Menara trading  hanya memasarkan produk berkualiti tinggi yang boleh meningkatkan kualiti kesihatan dan kesejahteraan penggunanya. Selari serta optimis untuk menjadi salah satu pemasar produk kesihatan yang berkualiti tinggi dan sangat berjaya. Kami  menyokong produk yang berasaskan bahan semulajadi dan dijamin memenuhi piawaian dengan kesedaran tentang kesan kesihatan pada pemakanan dan kecantikan. Produk kami dicipta melalui R & D (Research & Development) oleh syarikat-syarikat yang diluluskan dan mencapai sijil GMP dan HALAL.

D'Menara Trading percaya bahawa pelanggan pada masa ini lebih bijak untuk menilai produk yang akan dibeli dan digunakan. Kejayaan produk komersil kami menepati gaya hidup semasa yang merangkumi kesihatan dan kecantikan dengan teknologi terkini serta membawa manfaat yang maksimum khususnya kepada pengguna. Oleh itu, tiada keraguan dalam menggunakan produk kami yang dipasarkan. 

Related product you might see:

Share this product :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny | Stracom
Copyright © 2011. HEALTH FOOD SUPPLEMENT - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Stracom
Proudly powered by Blogger